Universiti Teknologi Mara (UiTM) memerlukan tiga hingga enam bulan untuk membatalkan gabungan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Maklumat.<br /><br />Itu yang dimaklumkan Naib Canselor UiTM Prof Dr Ts Datuk Roziah Mohd Janor ketika pertemuan dengan Presiden Alumni Masscomm UiTM, Basree Rakijan.<br /><br />Basree sebelum ini, meminta UiTM membatalkan serta merta penggabungan itu berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam surat bertarikh 1 November 2022.